Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Lizzy kongsi alami penyakit alopesia

    Lama menyimpan rahsia, akhirnya pelakon Elizabeth Tan terbuka hati untuk berkongsi mengenai penyakit alopesia yang dihidapinya sejak 2018.

    Menurut pelakon yang mesra dipanggil Lizzy itu, penyakit alopesia menyebabkan dia mengalami masalah keguguran rambut yang kritikal apatah lagi dia memang mempunyai masalah autoimun sejak kecil.

    “Saya alami autoimun sejak berusia setahun, yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit. Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopesia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.

    “Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-32.

    Penyakit yang dihidapinya itu menyebabkan pelantun lagu Knock Knock itu terpaksa menolak tawaran berlakon yang memintanya memotong rambut seperti lelaki.

    “Saya pun baru sahaja menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan saya memotong rambut seperti lelaki,” katanya.

    Namun, Lizzy tidak mahu perkongsian mengenai penyakitnya ini disalahertikan dan dianggap sekadar meraih simpati.

    “Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai, terutamanya peminat,” katanya. – Agensi

    Penyakit yang dihidapi Lizzy itu menyebabkan dia terpaksa menolak tawaran berlakon yang memintanya memotong rambut seperti lelaki. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...