Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lizzy sedia ‘angpau’ lebih

    Sambutan Tahun Baharu Cina penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan sebagai isteri berbeza jika dibandingkan zaman bujang.

    Bergelar isteri kepada Dr Siew Jim, 31, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, perlu membuat persediaan lebih termasuk memperuntukkan ‘angpau’ untuk ahli keluarga yang belum berkahwin.

    “Berbeza sebelum berkahwin, saya banyak kumpul duit angpau, tetapi bila sudah bergelar isteri, saya pula perlu memberi ‘angpau’ kepada anak saudara dan ahli keluarga.

    “Saya raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga besar di Kuala Lumpur. Tahun lalu, saya dan suami meraikannya bersama keluarga sebelah suami di Air Tawar, Perak.

    “Jadi, giliran keluarga saya pula tahun ini.

    Lizzy perlu bersedia untuk menyambut tahun baharu cina setelah bergelar isteri dengan ‘ampau’ yang lebih. – Agensi

    Seperti biasa, saya dan keluarga memakai pakaian mengikut tema, selain menyediakan pelbagai sajian istimewa.

    “Saya bercuti selama seminggu bagi meluangkan masa bersama keluarga.

    “Saya mahu suami merasai pengalaman menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga besar saya di ibu kota,” katanya kepada BH Online.

    Lizzy atau nama sebenarnya, Tan Su Mei berkongsi, keluarga sebelah bapa mempunyai 11 adik beradik iaitu enam lelaki dan lima perempuan.

    “Saya juga mempunyai ramai anak saudara usianya lebih tua daripada saya.

    “Jadi, kami selalunya merancang memakai cheongsam warna terang seperti merah pada hari pertama. Kemudiannya, ahli keluarga akan memakai baju kemeja-T dicetak nama keluarga.

    “Tahun ini, saya dan keluarga memilih memakai baju kemeja-T berwarna kuning keemasan,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...