Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    LKM sasar eksport koko cecah RM8 bilion tahun ini – Fadillah

    KOTA KINABALU, 15 MEI – Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyasarkan eksport koko negara itu mencatatkan nilai RM8 bilion tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Beliau berkata justeru, pelbagai program seperti promosi antarabangsa dan domestik dilaksanakan sebaik mungkin untuk memastikan sasaran itu dapat dicapai.

    “Industri koko pada 2022 telah menyumbang sebanyak RM7.82 bilion melalui perolehan eksport, iaitu meningkat daripada RM6.87 bilion pada 2021,” katanya ketika berucap pada majlis apresiasi LKM di sini, hari ini.

    Turut hadir, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching dan Pengerusi Lembaga Pengelola LKM, Datuk Matbali Musah.

    Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata sektor huluan koko yang melibatkan pengeluaran biji koko masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan negara. – Bernama

    Fadillah (dua dari kanan) diberi penerangan ketika melawat ruang pameran berasaskan buah koko sebelum menyempurnakan perasmian majlis Aspesiasi Lembaga Koko Malaysia 2023, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...