Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lloris hormati tuan rumah Qatar

    DOHA, 16 NOV – Kapten Perancis, Hugo Lloris mengesahkan yang dia tidak akan mengikut telunjuk kapten pasukan kebangsaan Eropah lain untuk memakai lilitan anti-diskriminasi semasa Piala Dunia di Qatar.

    Lloris sebelum ini enggan mengatakan jika dia akan menyertai inisiatif untuk menyokong kempen yang menggalakkan kesatuan, yang menonjolkan lilitan lengan dengan rekaan khas.

    “Saya telah menyatakannya sebelum ini dan tidak akan menambah apa-apa lagi mengenainya,” kata Lloris dalam temu ramah dengan AFP.

    Lloris berkata dia mahu menunjukkan rasa hormat kepada negara tuan rumah, Qatar.

    “Apabila kita menyambut kedatangan orang luar ke Perancis, kita sentiasa mahu mereka mengikut undang-undang dan budaya kita. Jadi saya akan buat benda yang sama apabila saya pergi ke Qatar.”

    Penjaga gawang kebangsaan Perancis, Hugo Lloris semasa sidang media di Clairefontaine en Yvelines. – AFP

    Komennya selari dengan pendapat Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet, yang turut membantah inisiatif berkenaan.

    Perancis akan mempertahankan trofi Piala Dunia mereka menentang Australia pada Selasa depan, sebelum bertemu Denmark dan Tunisia.

    Persediaan mereka untuk kejohanan kali ini telah dilanda dengan pelbagai kecederaan, terkini dengan kecederaan yang dialami oleh bintang RB Leipzig, Christopher Nkunku yang terpaksa menarik diri.

    Nkunku mengalami kecederaan lutut kelmarin semasa sesi latihan terakhir Perancis sebelum terbang ke Qatar. Dia telah diganti oleh pemain Eintracht Frankfurt, Randal Kolo Muani.

    Tunjang utama pemain tengah, Paul Pogba dan N’Golo Kante telah pun diketepikan.

    “Kami kehilangan dua pemain penting namun kami ada pemain muda, dan jika mereka berada di dalam skuad ini, bermakna mereka layak untuk berada di sini,” kata Lloris. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...