Lloris mahu kedudukan EPL diselesaikan atas padang

PARIS, 4 MEI – Hugo Lloris percaya bahawa musim Liga Perdana Inggeris berakhir tanpa mengumumkan Liverpool sebagai juara adalah sesuatu yang ‘kejam’, tetapi ketua pasukan Tottenham mahu kedudukan tangga ditentukan di atas padang.

Penjaga gol tersebut yang sedang mematuhi peraturan pengasingan sosial di rumah bersama ahli keluarganya di London, membantu dua orang anak perempuannya dengan kerja rumah sementara cuba kekal cergas sekiranya musim ini disambung semula.

“Kami berada di situasi di mana semua orang mahu untuk menghabiskan musim ini dan menentukannya di atas padang,” Lloris memberitahu akbar Perancis L’Equipe. “Ia akan menjadi dahsyat jika semuanya berakhir dengan berbaki sembilan atau 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris”.

“Kami sedang menghampiri saat yang mengujakan,yang indah dalam musim ini. Tiada sesiapa yang mahu ia ditamatkan sebegini.”

Liverpool sedang mendahului dengan kelebihan 25 mata.

“Ia akan menjadi kejam kepada Liverpool dengan pendahuluan mata yang mereka perolehi. Mereka sudah boleh dianggap sebagai juara.

“Tetapi ada perkara yang perlu diselesaikan.”- AFP

Ketua pasukan Tottenham, Hugo Lloris mahu kedudukan tangga Liga Perdana Inggeris ditentukan di atas padang, yang masih berbaki sembilan atau 10 perlawanan. – AFP