MILAN, 3 OKT – Gol pada minit ke-86 Manuel Locatelli bantu Juventus raih kemenangan 1-0 di Torino kelmarin dan menambah lagi tiga kemenangan berturut-turut dalam Serie A, manakala Edin Dzeko dimasukkan untuk membantu Inter Milan menewaskan Sassuolo.
Persembahan keseluruhan Juventus kurang memuaskan sepanjang perlawanan tetapi bertambah baik dalam akhir perlawanan selepas Locatelli menjaringkan gol buat kali kedua dalam perlawanan liga membantu Juve untuk bangkit.
Kemenangan berturut-turut di Serie A telah membantu mereka pada musim ini dan seterusnya selepas prestasi yang kurang memuaskan sebelum melakar kemenangan 1-0 di Liga Juara-Juara menentang Chelsea pada pertengahan minggu.
“Jurulatih menaruh harapan yang tinggi kepada saya dan saya sedang mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri,” beritahu Locatelli, seorang peminat Juve sewaktu masih kecil, kepada DAZN. “Perlawanan yang sukar, Fede (Federico Chiesa) nampak saya dan memberikan hantaran yang baik, ia adalah gol yang terbaik.
Allegri berpuas hati dengan perlawanan tanpa bolos pertama ketika pasukannya menduduki tangga kelapan dalam liga.
Dia telah dilantik semula sebagai jurulatih untuk membantu mendapatkan semula gelaran Juve yang telah dirampas oleh Inter dan harapan itu telah kembali dengan prestasi yang baik itu.
Tetapi pasukan Turin kekal tujuh mata di belakang Napoli, yang akan menentang Fiorentina hari ini.
Torino menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama dengan prestasi Juve yang kurang baik ketika gagal untuk membuat tendangan menuju sasaran.
Penjaga gol, Wojciech Szczesny terpaksa menyelamatkan percubaan daripada Rolando Mandragora untuk memastikan perlawanan itu seri sebelum separuh masa kedua.
Tetapi Locatelli menerima hantaran daripada Federico Chiesa dalam empat minit terakhir, dan menjaringkan gol dengan tendangan rendah dari luar kotak penalti menuju ke gawang pasukan lawan. – AFP