Lockdown berisiko tingkat kematian TB

PARIS, 6 MEI – Perintah berkurung global disebabkan oleh COVID-19 memberi risiko peningkatan dalam kes tuberkulosis (TB), dengan hampir 1.4 juta kematian tambahan dari jangkitan pembunuh terbesar di dunia menjelang 2025, satu kajian baharu menunjukkan hari ini.

TB adalah jangkitan bakteria yang kebiasaannya menyerang paru-paru pesakit, yang kebanyakannya dapat dirawat namun masih menjangkiti kira-kira 10 juta orang setiap tahun.

Pada tahun 2018, TB telah membunuh lebih kurang 1.5 juta orang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), termasuk lebih dari 200,000 orang kanak-kanak.

Sejak wujudnya ubat yang berkesan, respons TB dunia adalah tertumpu pada ujian dan merawat seberapa ramai pesakit yang mungkin.

Tetapi ketika COVID-19 telah memaksa kerajaan untuk memerintahkan orang ramai perintah berkurung, model koronavirus menunjukkan bahawa penjarakan sosial mungkin akan menyebabkan jangkitan TB yang dahsyat – kesannya akan berterusan selama bertahun-tahun.

Seorang pesakit menerima suntikan untuk melindung mereka dari tuberkulosis di sebuah hospital di Cape Town. Satu kajian menjangkakan peningkatan dalam kes TB, dengan hampir 1.4 juta peningkatan kematian dari jangkitan pembunuh terbesar di dunia menjelang 2025. – AFP

Ini kerana penjarakan sosial akan menjadikannya mustahil untuk pekerja penjagaan kesihatan untuk membuat ujian kepada mereka yang terdedah dan bagi pesakit untuk mendapatkan rawatan.

“Meskipun dengan adanya ubat-ubatan dan rawatan, kita belum lagi berada di penghujungnya dan TB kekal menjadi penyakit berjangkit yang membunuh,” kata Lucica Ditiu, pengarah eksekutif Stop TB Partnership.

“COVID-19 telah menjejaskan kita dengan teruk. Lebih ramai orang tidak kita diagnosis dan rawat, lebih banyak masalah akan timbul dalam tahun-tahun akan datang.”

Rangka yang dibuat dengan kerjasama dengan ahli epidemiologi di Imperial College London menggunakan data respons dari tiga buah negara yang mempunyai kejadian yang tinggi iaitu India, Kenya dan Ukraine.

Ia menunjukkan bahawa perintah berkurung global selama dua bulan dan pemulihan yang cepat dalam program yang boleh menyebabkan lebih dari 1.8 jangkitan tambahan di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang, dan menjangkakan 340,000 kematian. – AFP