Lockdown jadikan New Delhi lebih bersih

NEW DELHI, 22 APRIL – Perlanjutan lockdown India untuk mengekang wabak koronavirus telah menutup sekolah, tempat kerja, industri, pengangkutan dan memaksa rakyat duduk di rumah.

Ia juga menghasilkan satu perkara yang tidak dijangka di negara ini dengan enam dari 10 bandar paling tercemar di dunia itu kini memiliki udara yang lebih bersih.

“Ini adalah perubahan besar,” kata Kunal Chopra, yang menderita bronkitis kronik dan kini tidak lagi memerlukan alat sedut udara semasa berjalan pada waktu pagi kerana udara jauh lebih segar dan masalah pernafasan saya menurun,” katanya.

India mencatatkan kematian tertinggi di dunia berkaitan dengan pencemaran udara dengan lebih daripada dua juta orang setiap tahun, menurut laporan Disember 2019 oleh Global Alliance of Health and Pollution. Pada 25 Mac, hari pertama lockdown, tahap purata PM 2.5 menurun sebanyak 22 peratus dan nitrogen dioksida – yang berasal dari pembakaran bahan bakar fosil – turun sebanyak 15 peratus, menurut data pencemaran udara yang dianalisis oleh Pusat Penyelidikan Tenaga dan Udara yang bersih.

“Ini adalah luar biasa,” kata Anumita Roychowdhury, pengarah eksekutif di Pusat Sains dan Alam Sekitar, sebuah organisasi penyelidikan dan advokasi di New Delhi. – AP