BETHESDA, 21 DIS – Lockheed Martin akan membeli pengeluar enjin roket Aerojet Rocketdyne Holdings dengan harga AS$4.4 bilion dalam perjanjian yang akan mengumpul bersama syarikat yang telah pun bekerjasama dalam industri aeronautik.
Pemerolehan yang diumumkan lewat semalam merupakan sebahagian daripada usaha Lockheed Martin untuk bersiap sedia menghadapi persaingan daripada industri baharu, Space X dan Blue Origin, yang telah pun disokong oleh dua lelaki terkaya dunia, Elon Musk dan Jeff Bezos.
“Pemerolehan Aerojet Rocketdyne akan memelihara dan memperkukuh komponen penting industri pertahanan domestik dan mengurangkan kos pelanggan kami serta pembayar cukai Amerika,” kata CEO Lockheed Martin, James Taiclet dalam satu kenyataan.
Lockheed yang berpangkalan di Bethesda, akan membayar AS$56 sesaham, 33 peratus lebih harga penutup saham Aerojet Rocketdyne pada Jumaat. Harga akhir akan dikurangkan kepada AS$51 sesaham selepas mengambil kira dividen khas sebanyak AS$5 sesaham yang akan dibayar sebelum urus niaga dicapai. Syarikat itu berhasrat memeterai perjanjian pada separuh kedua tahun depan. – AP






























