BERLIN, 6 Mac – Ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew semalam membuat kejutan dengan menyatakan pemenang Piala Dunia 2014, Jerome Boateng, Mats Hummels dan Thomas Mueller tidak lagi berada dalam perancangannya.
Loew memberitahu trio Bayern Munich itu sebelum dia menamakan skuad bagi perlawanan persahabatan menentang Serbia di Wolfsburg dalam tempoh dua minggu dan persaingan kelayakan Euro 2020 menentang Belanda di Amsterdam pada 24 Mac.
“Saya sedih dengan berita ini, kerana ia selalunya perkara yang terbaik bagi saya untuk mewakili negara saya,” Boateng meletakkan dalam akaun Facebook miliknya.
“Saya menghormati dan faham dengan keputusan itu.
“Saya sendiri pernah muda dan bergantung ke atas pemain-pemain yang berusia untuk membuka ruang untuk saya, tetapi sudah tentu, saya berharap kami mempunyai ‘ucapan selamat tinggal’ yang berbeza.” – AFP

































