Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Loew mahu ubati luka kelab-kelab Jerman di Eropah

    BELFAST, 5 Okt – Joachim Loew berkata bahawa dia berharap Jerman, yang diambang melayakkan diri ke Piala Dunia Rusia tahun depan, boleh memulihkan maruahnya di Ireland Utara selepas siri keputusan ‘membimbangkan’ bagi kelab-kelab negara itu di Eropah.

    Jerman, 24 mata, telah memenangi kesemua lapan perlawanan kelayakan mereka, tetapi masih belum memastikan kedudukan mereka di puncak Kumpulan C kerana Ireland Utara mempunyai 19 mata. Apa sahaja keputusan selain kekalahan bagi Jerman akan memastikan tempat mereka ke Rusia tahun depan bagi mempertahankan gelaran yang mereka menangi di Brazil pada tahun 2014. Ireland Utara telah memastikan tempat dua teratas Kumpulan C dan memastikan satu daripada lapan slot play-off jika mereka menang awal pagi Jumaat.

    Di sebalik kejayaan di pentas antarabangsa, Loew bimbang dengan kedudukan kelab-kelab Jerman selepas Bayern Munich, Borussia Dortmund, RB Leipzig, Hertha Berlin, Hoffenheim dan Cologne semuanya ditewaskan dalam Liga Juara-Juara atau Liga Europa minggu lepas.

    Bintang Jerman dan Bayern Munich, Thomas Muller (tengah) ketika menjalani sesi laltihan bersama pasukan Perancis di Windsor Park, Belfast, menjelang perlawanan Kumpulan C menentang Ireland Utara. – AP

    “Minggu ini persembahan hambar kelab-kelab Jerman di Eropah diharap hanya sementara, tetapi ia membimbangkan,” kata Loew. Loew berkata ia bergantung pada pasukan kebangsaan untuk mengibarkan bendera bagi permainan Jerman.

    “Saya fikir apa yang pasukan saya perlu lakukan, dan telah lakukan dalam lapan perlawanan terakhir, adalah mewakili bola sepak Jerman sebaik mungkin,” katanya.

    Jerman tidak pernah tewas dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di laman luar, tetapi Michael O’Neill memberitahu para pemainnya bahwa juara dunia itu ‘kuat tetapi bukan kebal’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda