Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Loji kuasa nuklear rosak diserang Ukraine

    MOSCOW, 12 OGOS – Infrastruktur Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) mengalami kerosakan serius buat kali pertama sejak serangan dan pengeboman oleh tentera Ukraine bermula, lapor Xinhua.

    “Infrastruktur Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia kali pertama mengalami kerosakan serius akibat serangan oleh Angkatan Tentera Ukraine,” kata Pengarah Komunikasi ZNPP, Yevgenia Yashina dipetik agensi berita Rusia, TASS kelmarin.

    Beliau mendakwa Ukraine melancarkan serangan itu menggunakan dron kamikaze.

    Meskipun berlaku kerosakan dan kebakaran di kemudahan sistem penyejukan, Yashina berkata bahawa operasi loji itu tidak terjejas.

    “Menara penyejuk digunakan untuk penyejukan tetapi pada masa ini, unit reaktor ditutup dan menara itu tidak digunakan. Sprinkler pools adalah mencukupi untuk tujuan penyejukan pada masa ini,” katanya.

    Terdahulu, gabenor wilayah Zaporizhzhia, Yevgeny Balitsky mendakwa bahawa sistem penyejukan ZNPP terbakar akibat serangan Ukraine. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda