Loji nuklear Bushehr ditutup sementara

TEHRAN, 21 JUN – Satu-satunya loji nuklear Iran telah ditutup sementara ketika pihak berkuasa memberikan laporan bercanggah hari ini dalam apa yang dikatakan operasi penyelenggaraan biasa.

Loji Bushehr dan reaktor 1,000 megawatt, di pantai selatan Iran, disiapkan oleh Rusia selepas setahun tertangguh dan secara rasminya diserahkan pada September 2013, menimbulkan kebimbangan serantau di kawasan yang terdedah gempa bumi itu.

Penutupan itu muncul ketika Tehran dan kuasa-kuasa dunia cuba untuk memulihkan perjanjian 2015 ke atas program nuklear Iran dalam rundingan Vienna, yang perunding EU katakan kelmarin ‘menghampiri perjanjian’.

“Susulan kerosakan teknikal di loji tenaga Bushehr dan selepas notis satu hari kepada kementerian tenaga, loji itu akan ditutup sementara dan menutup grid tenaga,” kata Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) dalam laman webnya malam kelmarin.

Kenyataan itu berkata loji itu akan disambungkan semula kepada grid dan isu itu akan dapat diselesaikan ‘dalam masa beberapa hari’, namun tidak menjelaskan lanjut.

Syarikat elektrik kebangsaan Iran dalam kenyataan kelmarin menggesa penduduk Iran untuk mengurangkan penggunaan elektrik semasa waktu kemuncak disebabkan ‘ramalan peningkatan dalam suhu’ dan ‘pengehadan dalam generator tenaga disebabkan pembaikan berterusan’ di Bushehr.

Syarikat itu berkata pembaikan itu akan diteruskan sehingga hujung minggu ini, iaitu Jumaat di Iran.

Pengoperasian loji nuklear perlu sering ditutup bagi penyelenggaraan dan untuk menukar minyak yang dibekalkan bagi reaktor itu.

Ditanya oleh para wartawan tentang penutupan itu, jurucakap kementerian luar negeri Saeed Khatibzadeh menggambarkan ia sebagai ‘rutin’, menambah operasi telah diumumkan sebelumnya dan dilaksanakan ‘sekali atau dua dalam setahun’. – AFP

Gambar fail 26 Oktober 2010 menunjukkan bangunan reaktor di loji nuklear Bushehr di selatan Iran. – AFP