Loji nuklear Rusia bermasalah

MOSCOW, 18 JULAI – Loji kuasa nuklear Rusia mencabut tiga daripada empat unitnya selepas satu litar pintas terjadi hari ini tetapi tahap radiasi masih kekal normal, menurut satu syarikat subsidari nuclear Rosatom.

Reaktor pertama, kedua dan ketiga loji kuasa nuclear Kalinin telah ditutup, menurut kenyataan Rosenergoatom.

Loji itu terletak kira-kira 350 kilometer barat laut Moscow, rantau Tver. – AFP