Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Loji nuklear Ukraine dibedil cetus kebimbangan

    KYIV, UKRAINE, 8 OGOS – Rusia dan Ukraine saling tuduh-menuduh antara satu sama lain hari ini berkaitan pembedilan loji tenaga nuklear terbesar Eropah di selatan Ukraine.

    Rusia mendakwa tembakan Ukraine menyebabkan ledakan tenaga dan kebakaran sehingga memaksa kakitangan mengurangkan pengeluaran daripada dua reaktor, manakala Ukraine menyalahkan tentera Rusia kerana menyimpan senjata di sana.

    Pakar nuklear memberi amaran jika berlaku lebih banyak serangan ke atas stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia, yang ditawan oleh Rusia pada awal perang, ia akan berdepan bahaya.

    Kremlin mengulangi kenyataan itu hari ini, mendakwa tembakan Ukraine boleh menimbulkan kesan ‘bencana’ kepada Eropah. Rafael Grossi, ketua pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, telah memberi amaran bahawa cara loji itu dikendalikan di bawah tentera Rusia dan pertempuran yang berlaku di sekelilingnya menimbulkan ancaman kesihatan dan alam sekitar yang teruk.

    Ketua perisikan tentera Ukraine, Andriy Yusov, menyangkal kenyataan Rusia dengan mengatakan organisasinya telah menerima maklumat yang boleh dipercayai daripada beberapa sumber tentang tentera Rusia meletakkan bahan letupan di loji Zaporizhzhia untuk mengelak serangan balas Ukraine yang dijangka di rantau itu.

    Gambar fail diambil pada 1 Mei menunjukkan anggota peronda Rusia di Stesen Kuasa Nuklear Zaporizhzhia di Energodar. – AFP

    Sebelum ini, pegawai Ukraine berkata Rusia telah melancarkan serangan dari kilang itu dan menggunakan pekerja Ukraine sebagai perisai manusia.

    Sebelum bedilan kelmarin, loji nuklear itu diserang minggu lalu dan kedua-dua belah pihak menuduh antara satu sama lain melakukan serangan itu.

    Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Leftenan Jeneral Igor Konashenkov berkata hari ini serangan Ukraine sehari sebelumnya di loji nuklear Zaporizhzhia menyebabkan lonjakan kuasa dan muncul asap di kemudahannya, mencetuskan penutupan kecemasan.

    Pasukan bomba memadam kebakaran dan kakitangan loji mengurangkan pengeluaran reaktor No. 5 dan No. 6 kepada 500 megawatt, katanya.

    Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menggesa kuasa-kuasa Barat untuk memaksa Kyiv berhenti menyerang loji itu.

    Tetapi Yusov, ketua perisikan tentera Ukraine, berkata hari ini: “Kami telah menyaksikan serangan Rusia ke atas loji kuasa nuklear Ukraine.”

    Dia menambah, “Jika bukan ia yang melakukannya dan tidak selaras dengan realiti, Rusia boleh membuat isyarat muhibah dan menyerahkan kawalan loji itu kepada suruhanjaya antarabangsa dan IAEA, atau kepada tentera Ukraine,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...