Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Loji solar seluas satu perlima Paris dirasmikan

    AL DHAFRA, 17 NOV – Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin merasmikan salah satu loji solar terbesar di dunia, dua minggu sebelum negara Teluk yang kaya dengan minyak itu menjadi tuan rumah perbincangan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Loji Al Dhafra, di selatan ibu kota Abu Dhabi, meliputi kawasan padang pasir melebihi 21 kilometer persegi, kira-kira satu perlima saiz Paris.

    Barisan panel fotovoltaiknya berputar mengikut matahari dan terhindar daripada pasir dan habuk oleh modul pembersihan robotik.

    “Projek ini akan membawa tenaga elektrik rendah karbon ke UAE,” kata Bruno Bensasson, Ketua Pegawai Eksekutif EDF Renewables dari Perancis, salah satu rakan kongsi dalam projek itu.

    UAE sedang berusaha untuk menggandakan tenaga boleh diperbaharuinya dalam tempoh tujuh tahun akan datang setelah ia cuba mencapai ‘sifar bersih’ dalam pelepasan karbon domestik menjelang 2050. – AFP

    Sebuah kereta melintas panel fotovoltaik di loji solar Al Dhafra di selatan ibu kota Abu Dhabi pada 13 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...