Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Loji tenaga Dubai guna gas asli

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 4 FEB – Sebuah kilang tenaga bernilai AS$3.4 bilion yang menggunakan arang batu di Dubai akan diubah untuk menggunakan gas asli, umum kerajaan, di tengah janji Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.

    Pengumuman hari ini keluar dalam satu kenyataan yang memetik Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum, pengerusi Majlis Tenaga Tertinggi Dubai dan CEO kumpulan yang memiliki syarikat penerbangan Emirates.

    Kenyataan tidak memberikan butiran lanjut mengenai kos pertukaran atau bagaimana ia akan mengendali masa operasi kilang di negara itu. Kilang juga akan termasuk kilang penyahgaraman untuk membekalkan air yang diperlukan untuk menghijaukan gumuk padang pasir.

    Loji tenaga Hassyan berhampiran sempadan Dubai dengan Abu Dhabi sedang dibina sebahagiannya oleh China, yang menyifatkan kilang sebagai ‘projek kejuruteraan utama Inisiatif Jalur dan Laluan,’ projek yang berusaha menambah pengaruhnya di Afrika dan Asia. China telah menjangkakan kilang itu, yang membabitkan General Electric Co dalam pembinaannya, akan memenuhi 20 peratus permintaan elektrik Dubai.

    Pembinaan dilaksanakan ketika dunia menjadi semakin panas, kebanyakannya disebabkan paras karbon dioksida yang meningkat dan gas rumah hijau lain dalam atmosfera, menurut kajian, pertubuhan sains dan saintis iklim. Setakat ini, kebanyakan kenaikan suhu merupakan hasil aktiviti manusia, yang termasuk pembakaran arang batu, minyak dan gas asli. Pemanasan suhu berkenaan mencetuskan cuaca melampau, seperti ribut kuat. – AP

    Gambar fail menunjukkan loji tenaga Hassyan kelihatan sedang dibina di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Loji tenaga yang menggunakan arang batu itu akan diubah menggunakan gas asli sebaliknya, umum kerajaan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...