Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lokasi kuarantin tidak terkawal

     LAHORE, PAKISTAN, 18 MAC – Ratusan warga Pakistan yang pulang melakukan perjalanan dari Iran mengeluh ketika dikuarantin dalam kawasan perkhemahan yang kotor dengan rawatan perubatan yang terhad sekali gus menimbulkan kebimbangan akan berlakunya penularan COVID-19.

    Bercakap kepada AFP, penduduk yang dikuarantin di perkhemahan Taftan di sempadan Iran berkata kemudahan itu tidak mempunyai air atau tandas yang boleh dibersihkan semula, di mana mereka hanya mampu mencuci setiap beberapa hari.

    Bilangan kes COVID-19 di negara itu memperlihatkan separuh daripada 241 kes yang disahkan COVID-19 di Pakistan adalah mereka yang baru melakukan perjalanan ke Iran – salah satu negara paling terjejas akibat penyakit ini.

    Pakistan berkongsi sempadan 960 kilometer (600 batu) dengan Iran bersempadan dengan Taftan di wilayah Balochistan.

    “Saya telah menggunakan topeng yang sama selama lebih dari tujuh hari hingga ke hari ini,” kata salah seorang yang dikuarantin di Taftan, yang tidak mahu namanya didedahkan, berkata dalam temu bual telefon kelmarin.

    Pekerja pengurusan bencana wilayah membawa makanan untuk mereka yang dikuarantin di sempadan Taftan Pakistan-Iran pada 13 Mac. – AFP

    “Jika saya tidak mempunyai virus ketika saya mula-mula tiba di sini, saya tidak akan terkejut mengetahui bahawa kini saya akan menghidapinya.”

    Iran telah bergelut untuk menangani penularan COVID-19 sejak pihak berkuasa mengumumkan dua kematian pertama bulan lalu.

     Hampir 1,000 orang telah meninggal dunia, menjadikan Iran sebagai negara ketiga paling terjejas selepas China dan Itali.

    Sempadan Taftan telah ditutup sejak 16 Mac, tetapi beribu-ribu warga Pakistan yang mengadakan perjalanan ke tapak keagamaan di Iran telah dibenarkan untuk kembali tertakluk kepada kuarantin selama dua minggu.

    Mereka kemudiannya dijangka menjalani kuarantin selama dua minggu lagi di kediaman mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda