Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lokasi mesin kit ART diumum hari ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Senarai lokasi bagi mesin-mesin layan diri atau vending machines yang menjual kit ART yang sedang dipasang di sekitar 20 tempat akan diumumkan esok, 5 Mac.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah memaklumkan perkara itu semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini.

    “Sementara itu, orang ramai bolehlah terus membeli daripada mana-mana penjual termasuk online vendors sekiranya kos harga kit ART tersebut dianggap berpatutan dan terdapat jenama kit ART yang lebih disukai,” tambah beliau.

    Yang Berhormat Dato juga menasihatkan kepada orang ramai untuk memastikan kualiti kit ART yang dibeli adalah menepati piawaian yang ditetapkan dan termasuk di dalam senarai yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

    Yang berhormat menteri-menteri kabinet ketika menyaksikan lebih dekat mesin layan diri menjual kit ART. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...