Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lombong arang batu runtuh, 9 terperangkap

    BANDARAYA MEXICO, 4 OGOS – Pasukan penyelamat giat berusaha menyelamatkan kira-kira 10 pelombong dikhuatiri terperangkap selepas lombong arang batu di Coahuila di utara Mexico dilaporkan runtuh, sementara tiga pelombong berjaya diselamatkan.

    Pasukan penyelamat terdiri daripada anggota tentera dan anjing penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian, kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.

    Kementerian Keselamatan berkata tiga pelombong berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital manakala 10 lagi dipercayai masih terperangkap.

    Kerajaan Mexico memberi jaminan akan mengerahkan jentera berkenaan untuk menjalankan operasi menyelamatkan pelombong,” tambah kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Pegawai setempat Coahuila berkata runtuhan lombong arang batu di bandar Sabinas mungkin disebabkan banjir, hingga mengakibatkan pelombong terperangkap.

    Tahun lepas Coahuila merekodkan tujuh kematian pekerja lombong yang terperangkap dalam satu insiden. Manakala, pada tahun 2006 insiden letupan lombong arang batu telah meragut 65 jiwa. – AFP/Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...