Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Lombong maut’ ragut 2 nyawa

    RABAT, 4 Jun – Dua orang terkorban kelmarin di salah sebuah lombong kosong di wilayah timur laut Maghribi sekali gus mencetuskan ketegangan sosial disebabkan kejadian yang sama berlaku, menurut pihak berkuasa.

    Insiden itu berlaku apabila rangka di dalam lombong itu roboh di Sidi Boubker, wilayah Jerada di mana mereka cuba untuk melombong plumbum.

    “Dua orang berumur antara 33 dan 42 tahun maut kelmarin susulan beberapa bahagian di tempat pelombongan itu roboh di Sidi Boubker,” menurut pihak berkuasa tempatan yang dipetik oleh agensi berita Maghribi.

    “Kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh rakan sekerja mereka,” menurut kenyataan yang dipetik. “Salah seorang daripada mangsa, yang ketika itu masih hidup, dikejarkan ke hospital di Oujda University tetapi kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.”

    Pihak berkuasa Maghribi berikrar untuk menutup semua tempat pelombongan yang ditinggalkan di Jerada selepas berdepan dengan ketegangan sosial di wilayah bekas pelombongan itu.

    Pada Mac lalu, pihak polis memberitahu AFP bahawa sejumlah 300 daripada 3,200 tempat pelombongan kekal dibuka di Jerada, di mana lombong-lombong yang ditinggalkan itu bebas daripada bahaya.

    Jerada telah menyaksikan beberapa siri demonstrasi aman sejak beberapa kematian dua adik-beradik yang terperangkap di tempat pelombongan pada Disember lalu selepas mereka cuba untuk melombong arang.

    Sementara itu, dua lagi kematian disebabkan masalah yang sama sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk bandar yang mengalami masalah ekonomi di mana menurut statistik rasmi, ia merupakan tempat paling miskin di negara itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda