Lombong NZ dibuka semula setelah 9 tahun

WELLINGTON, 21 Mei – Sebuah lombong batu arang yang meragut puluhan jiwa dalam salah satu kemalangan industri paling buruk di New Zealand telah dibuka semula selepas sembilan tahun hari ini ketika pakar-pakar memulakan proses panjang untuk mendapatkan kembali mayat pelombong berkenaan.

Seramai 29 orang terkorban di lombong Pike River pada November 2010 selepas letupan dicetuskan oleh penghasilan gas metana mudah bakar.

Sejak itu, lombong South Island telah ditutup di tengah-tengah kebimbangan letupan selanjutnya, mencetuskan kemarahan ahli keluarga yang mahu mayat-mayat mereka ditemukan.

Sementara beberapa pakar berkata lombong itu terlalu bahaya untuk dimasuki, kaum keluarga mangsa mempertikaikannya ia adalah satu-satunya cara untuk mencari punca letupan yang membunuh 24 warga New Zealand, dua Australia, dua Britain dan seorang Afrika Selatan.

Kontroversi amat tegang apabila Perdana Menteri Jacinda Ardern dipilih pada tahun 2017 yang secara khusus telah melantik menteri Andrew Little untuk menyelia pembukaan semula lombong tersebut.

Imej yang diserahkan oleh Pike River Recovery Agency menunjukkan ahli keluarga menyaksikan jentera memasuki lombong Pike River berhampiran Greymouth di Barat Pantai New Zealand pada 21 Mei. – AP

Little mengumumkan pada Rabu bahawa penutupan pada akses terowong lombong Pike River telah dibuka.

“Hari ini kita telah kembali,” katanya, sambil menyifatkan tragedi itu sebagai ‘akibat kegagalan bersama dan peraturan’.

“New Zealand bukan sebuah negara tempat 29 orang boleh mati di tempat kerja tanpa mengambil kira kebertanggungjawaban sebenar….dan itulah kenapa kita hari ini memenuhi janji kita.”

Kebanyakan mayat dipercayai berada berdekatan pada hujung lorong 2.3km, walaupun mereka mungkin telah dimusnahkan oleh letupan kuat.

Pergerakan di sekitar lombong itu akan dilakukan secara perlahan dan berhati-hati ketika pekerja cuba untuk meminimumkan risiko letupan metana. – AFP