London nafi tuduhan tidak berasas

LONDON, 13 Feb – Kerajaan Britain hari ini menafikan rancangan rahsia bagi memaksa ahli-ahli parlimen untuk membuat undian kali terakhir terhadap Brexit antara penstrukturan semula perjanjian atau penangguhan yang lama.

Televisyen ITV melaporkan bahawa ia mendengar khabar di mana ketua perunding Brexit Olly Robbins semasa di sebuah bar di Brussels berkata Kesatuan Eropah (EU) berkemungkinan akan membiarkan Britain melanjutkan tarikh pengunduran pada 29 Mac.

Dengan langkah itu, ini bermakna Britain akan keluar daripada EU tanpa perjanjian.

ITV melaporkan bahawa salah seorang individu utama dalam rundingan Brexit, bercakap bersama temannya di bar hotel Isnin lalu.

Menurutnya, ia memberi petanda jika para penggubal undang-undang, yang telah menolak perjanjian yang dimeterai antara London dan Brussels, tidak mengundi untuk mengolah semula perjanjian pengunduran dan menangguhkan Brexit akan mengambil masa yang lama.

Bendera EU dikibarkan oleh aktivis anti-Brexit di luar Dewan Parlimen di London. Kerajaan Britain menafikan rancangan rahsia bagi memaksa ahli-ahli parlimen untuk membuat undian kali terakhir terhadap Brexit. – AFP

“Isunya adalah sama ada Brussels faham tentang lanjutan tersebut. Akhirnya, mereka berkemungkinan akan memberi kita lanjutan,” menurut kenyataannya yang telah dipetik.

“Perlu menyakinkan mereka bahawa permulaan minggu pada akhir Mac nanti, lanjutan adalah tidak mustahil tetapi jika mereka tidak mengundi untuk perjanjian itu, tarikh lanjutan memakan masa yang lama.

Pihak kerajaan menegaskan bahawa ia sedang berusaha untuk melaksanakan pengunduran daripada EU seperti yang telah ditetapkan, dengan perjanjian akan dimeterai.

Jurucakap kerajaan berkata: “Kami tidak akan memberi sebarang komen berhubung tuduhan daripada perbualan peribadi yang dikatakan terdengar di bar hotel.”

Setiausaha Brexit Stephen Barclay menafikan laporan mengenai komen Robbins itu mencerminkan dasar rasmi kerajaan.

“Kami komited untuk berundur pada 29 Mac,” beritahunya kepada radio BBC. – AFP