London perkenalkan langkah lindungi pemandu bas

LONDON, 17 APRIL – Pihak berkuasa pengangkutan London hari ini mengumumkan langkah baharu untuk melindungi pemandu bas daripada koronavirus, tatkala rakan sekerja bertafakur selama satu minit untuk 20 rakan mereka yang telah terbunuh.

Datuk bandar Sadiq Khan, yang mana bapanya seorang pemandu bas, mengetuai upacara memberikan penghormatan kepada mangsa tatkala pihak berkuasa berkata penumpang tidak boleh menggunakan pintu depan berhampiran dengan pemandu. “Hati saya sungguh sedih melihat 20 pekerja bas London telah kehilangan nyawa mereka kepada COVID-19. Mangsa mungkin bapa saya dan kawannya,” tulis Khan di Twitter.

“Pekerja pengangkutan kami adalah wira dan kami mesti melakukan segala-galanya untuk melindungi mereka.”

Beliau menyertai acara yang dianjurkan oleh kesatuan perniagaan Unite, yang telah menuntut perlindungan yang lebih baik untuk 20,000 pemandu bas dan kakitangan pengangkutan lain di London. Dalam langkah baharu yang bakal diperkenalkan pada Isnin, pintu depan akan ditutup dengan penumpang diminta naik dan turun menggunakan pintu tengah. – AFP

Seorang pemandu bas memakai penutup muka ketika beliau duduk di tempat duduk pemandu dalam sebuah bas di Victoria Station, tengah London kelmarin. – AFP