Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Long COVID: Australia rugi tiga juta hari bekerja

    SYDNEY, 26 OGOS – Gejala Long COVID mengakibatkan ekonomi Australia kerugian tiga juta hari bekerja tahun ini, sekali gus memburukkan lagi krisis kekurangan tenaga buruh yang semakin meruncing.

    Analisis kerajaan menerusi laporan perbendaharaannya, mendapati kesan jangka panjang COVID menghalang 31,000 warga Australia daripada bekerja setiap hari.

    Bendahari Australia, Jim Chalmers, berkata COVID menjejaskan pasaran tenaga buruh Australia dan kini ditingkatkan oleh Long COVID.

    “Beribu-ribu hari kerja hilang akibat Long COVID hanyalah sebahagian daripada gambaran kompleks dan apa yang bakal kita semua hadapi,” katanya.

    Analisis perbendaharaan mentakrifkan Long COVID sebagai seseorang yang mengalami gejala empat minggu atau lebih selepas dijangkiti.

    Kajian komprehensif yang diterbitkan dalam Lancet, bulan ini, mendapati bahawa satu daripada lapan orang yang mendapat COVID mengalami sekurang-kurangnya satu gejala Long COVID.

    Penemuan analisis perbendaharaan Australia adalah sejajar dengan kajian itu, dengan 12 peratus ketidakhadiran berkaitan dengan Long COVID. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...