Long ungguli Desert Classic

LOS ANGELES, 21 Jan – Pemain golf dunia di tangga ke-417, Adam Long membenam birdie pada lubang terakhir untuk mengungguli kejuaraan sulung dalam Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) pada kejohanan Desert Classic mengatasi pemenang lima gelaran utama Phil Mickelson dan Adam Hadwin.

Long, pemain berusia 31 tahun dari AS itu hanya berjaya melayakkan diri pada saingan Jelajah PGA AS musim ini menerusi Jelajah Web.com.

Dia mengutip tujuh birdie tanpa bogey bagi tujuh bawah par 65 dan keseluruhan 26 bawah par 262 sekali gus kemenangan kariernya yang pertama sepanjang enam kejohanan Jelajah PGA.

“Saya seakan-akan tidak percaya ketika ini. Saya tidak tahu apa yang baru saja berlaku, tetapi saya berasa teruja,” kata Long.

Bersaing dalam kelompok terakhir buat julung kali di samping Mickelson dan Hadwin – pemain Kanada dengan tiga penamat 10 terbaik dalam tiga musim terakhir di gurun California, pemain AS itu berkata, tumpuan terhadap rakan sepermainannya membuatkannya dia tidak begitu dipedulikan.

Mickelson, yang mendahului sepanjang minggu selepas catatan 60 yang menakjubkan pada pusingan pembukaan, berakhir dengan tiga bawah par 69 bagi 15 bawah par 263, yang mana dia disertai Hadwin yang turut par lubang terakhir bagi lima bawah par 67. – AFP

Adam Long menjulang trofinya selepas mengungguli kejuaraan Desert Classic di Stadium Course, La Quinta, California, kelmarin. – AP