Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lonjakan COVID Beijing dorong pembelian panik

    BEIJING, 25 APRIL – Kebimbangan terhadap perintah berkurung yang ketat mencetuskan pembelian panik di Beijing hari ini, apabila barisan panjang untuk ujian besar-besaran wajib diadakan di sebuah daerah tengah besar di ibu negara China.

    China telah pun berusaha membendung gelombang jangkitan di bandar terbesarnya Shanghai, yang telah hampir keseluruhannya ditutup selama berminggu-minggu dan melaporkan 51 kematian COVID baharu pada hari ini.

    Shanghai telah bergelut untuk menyediakan makanan segar kepada mereka yang berkurung di rumah, sementara pesakit melaporkan masalah untuk mendapatkan rawatan perubatan bukan COVID – dan peningkatan kes di ibu kota mencetuskan kebingungan orang ramai terhadap sekatan yang sama.

    Daerah paling ramai penduduk di pusat bandar Beijing, Chaoyang, menempatkan kira-kira 3.5 juta orang, mengarahkan ujian besar-besaran mulai hari ini untuk penduduk dan mereka yang datang bekerja di sana.

    Kawasan itu menempatkan kedutaan dan ibu pejabat syarikat multinasional.

    Perintah berkurung yang ketat mencetuskan pembelian panik di Beijing pada hari ini. – AFP

    Orang ramai beratur di sekitar pusat membeli-belah dan di luar kompleks pejabat hari ini sambil menunggu untuk diambil sampel oleh pekerja kesihatan yang memakai alat pelindung.

    “Jika satu kes ditemui, kawasan ini boleh terjejas,” kata pekerja pejabat Yao Leiming, 25, ketika menuju ke tapak ujian di Chaoyang bersama sekumpulan rakan sekerjanya.

    Perintah ujian besar-besaran, dan amaran situasi COVID yang ‘serius’ di bandar itu, mencetuskan penjualan di pasar raya Beijing semalaman ketika penduduk bergegas membeli barang keperluan.

    Banyak barangan di aplikasi penghantaran barang runcit habis dijual pada malam kelmarin selepas perintah ujian diumumkan, tetapi stok telah diisi semula hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...