Lonjakan harga kilang China cetus kebimbangan inflasi global

BEIJING, 9 APRIL – Harga kilang China pada Mac mencecah paras tertinggi berbanding dua tahun sebelumnya sekali gus mengukuhkan lagi pemulihan ekonomi di negara itu, data menunjukkan hari ini.

Bagaimanapun di sebalik pemulihan ekonomi di negara itu, ekonomi global kini berdepan kebimbangan, di mana bank pusat dunia kini berusaha untuk mengekalkan pelonggaran dasar monetari dan kadar faedah yang rendah.

Selepas mengatasi krisis pandemik pada awal tahun lalu, kuasa besar Asia itu telah mencatatkan peningkatan selama berbulan-bulan dan merupakan satu-satunya ekonomi utama dunia yang berkembang pada tahun 2020.

Dan sejak program vaksinasi COVID-19 bermula di seluruh dunia, permintaan vaksin juga semakin meningkat sekali gus telah menyebabkan permintaan untuk barang-barang China terus pesat dan memberikan tekanan ke atas harga di negara pengeksport terbesar di dunia itu. Indeks Harga Pengeluar (PPI) China, yang mengukur kos barang di kilang, meluaskan ramalan melebihi 4.4 peratus pada tahun lalu, kata Biro Statistik Kebangsaan.

Angka itu disebabkan oleh faktor-faktor seperti kenaikan harga komoditi antarabangsa termasuk minyak mentah dan bijih besi, dan didorong oleh peningkatan permintaan pengeluaran dan pelaburan industri domestik, kata ahli statistik kanan NBS, Dong Lijuan.

Penganalisis menjangkakan kenaikan PPI menyebabkan berlakunya perbandingan rendah pada tahun lalu, ketika perintah berkurung dan kawalan pergerakan yang ketat dikenakan untuk mengatasi krisis pandemik.

Para pemerhati mengatakan bahawa dengan China sebagai pengeksport utama di dunia, kenaikan itu boleh menyebabkan ‘tekanan’ bagi bank pusat global, yang sudah berusaha untuk meredakan kebimbangan bahawa peningkatan aktiviti ekonomi yang diharapkan tahun ini akan mendorong inflasi dan memaksa mereka untuk menghentikan dasar kewangan akomodatif mereka.

Tetapi ketua ekonomi China, Nomura Lu Ting menyatakan bahawa kali ini, kenaikan harga komoditi didorong terutamanya oleh pelonggaran monetari dan rangsangan fiskal besar – terutama di AS – di luar China.

“Sebagai pengeksport barang perkilangan terbesar di dunia, inflasi PPI yang lebih tinggi di China akan disalurkan kepada ekonomi lain,” katanya. – AFP

Gambar fail pada 15 Mac 2021 menunjukkan seorang pekerja ketika melakukan kerja-kerja pemasangan di sebuah kilang pembuatan kereta di Qingzhou, China. –AFP