Sunday, January 26, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lonjakan kes, penduduk Shanghai digesa bertenang

    SHANGHAI, 23 MAC – Pihak berkuasa Shanghai hari ini menggesa rakyatnya supaya bertenang berikutan kebimbangan ramai pengguna memenuhi platform barangan runcit dalam talian untuk mendapatkan stok makanan.

    Ia berikutan rakyat bimbang berlaku penutupan di bandar berkenaan yang sedang bergelut untuk menghentikan lonjakan kes COVID.

    China sedang berdepan gelombang terburuk wabak COVID, sejak pandemik itu bermula lebih dua tahun lalu, dengan Shanghai mencatatkan angka kes tertinggi susulan penularan pantas varian Omicron.

    Bandar terbesar di China itu hari ini merekodkan sebanyak 981 kes baharu, lebih kecil daripada jumlah harian sebelumnya dan hampir satu perlima daripada jumlah keseluruhan kes di seluruh negara.

    Susulan peningkatan kes kebelakangan ini, Shanghai mengambil tindakan menutup kawasan kediaman secara bersasar iaitu yang mempunyai kes telah disahkan atau kontak rapat. Peningkatan kes mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam terhadap kemungkinan lebih banyak penutupan atau arahan duduk di rumah dikenakan di seluruh bandar yang dihuni kira-kira 25 juta penduduk itu.

    Kebimbangan orang ramai telah meningkat di bandar itu sejak beberapa hari lalu dan penduduk menggunakan media sosial untuk menyuarakan kekecewaan mereka. – AFP

    Penduduk beratur untuk menjalani ujian COVID di perkarangan rumah di Shanghai kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda