Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lopetegui masih gayat

    MADRID, 24 Okt – Kemenangan ini mungkin tidak cukup untuk menyelamatkan Julen Lopetegui (gambar bawah) tetapi kejayaan Real Madrid menewaskan Viktoria Plzen 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, kelmarin, sekurang-kurangnya menghentikan nasib malang mereka dan memulihkan keyakinan diri yang kian lenyap.

    Dengan Barca menanti di Camp Nou dalam aksi walaupun tanpa kelibat Lionel Messi yang tercedera, Real tidak mungkin menerima layanan istimewa seperti mana yang dipamerkan Plzen di Santiago Bernabeu.

    Namun, selepas lima aksi tanpa kemenangan serta tiga kekalahan berturut-turut, kemenangan amat penting buat Real dan Los Blancos berjaya meledakkan gol dalam kedua-dua babak permainan menerusi jaringan Karim Benzema dan Marcelo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda