MADRID, 21 Okt – Julen Lopetegui menegaskan dia masih percaya terhadap Real Madrid yang kini bergelut dan kekal tenang mengenai masa depannya walaupun tewas 2-1 di laman sendiri kepada Levante hari ini.
Madrid melalui lima perlawanan tanpa kemenangan di Santiago Bernabeu, ketika mereka juga mencipta rekod yang tidak dimahukan bagi kemarau gol paling lama dalam sejarah kelab berkenaan.
Ditanya mengenai masa depannya, Lopetegui berkata: “Ini perkara yang terakhir saya fikirkan. Saya hanya fikirkan untuk segera menaikkan motivasi pemain.
“Kami ada perlawanan sangat penting dalam Liga Juara-Juara dalam tempoh tiga hari.”
Madrid akan menanti kehadiran Viktoria Plzen awal pagi Rabu ini, mencari semula rentak selepas kekalahan mengejut 1-0 di tangan CSKA Moscow sebelum ini. Mereka kemudian akan berdepan Barcelona di Camp Nou Ahad depan.
“Saya rasa lebih bersemangat, saya lebih percaya kepada pasukan ini lebih dari segala-galanya untuk semua usaha mereka lakukan dan bagaimana tindakan mereka kerana kurang bernasib baik,” kata Lopetegui. ” – AFP