Lopez raih emas acara tinju

TOKYO, 4 OGOS – Atlet Cuba, Arlen Lopez berjaya memungut pingat emas Olimpik kedua hari ini selepas menewaskan petinju Britain, Ben Whittaker dalam perlawanan final kategori lelaki light heavyweight di Tokyo.

Lopez, 28, yang pernah menjuarai pingat emas kategori middleweight di Olimpik Rio pada 2016, dikejutkan dengan kemenangan jurang mata tipis, meskipun beraksi dengan lebih agresif dan persembahan yang lebih baik sepanjang tiga pusingan.

Lopez terus melutut apabila diumumkan sebagai pemenang, manakala Whittaker segera meninggalkan gelanggang sambil menutup muka. Whitakker, 24, menari semasa menuju ke gelanggang di Arena Kokugikan, lebih dikenali sebagai gelanggang sumo, sukan kebangsaan Jepun.

Tetapi petinju yang lebih berpengalaman, Lopez, berjaya mengawal rentak pertarungan dari pusingan pertama, mengancam Whitakker dari sekitar gelanggang. Lopez mengumpan lawannya untuk menyerang kerana merasakan Whittaker beraksi terlalu bertahan dan beberapa orang dari skuad Britain menjerit kepada rakan sepasukannya untuk ‘tidak menunjukkan rasa hormat’.

Lopez, bekas juara dunia dalam kategori middleweight, berada dua pusingan di hadapan dari tiga pusingan yang diaturkan dan dikejutkan oleh juri kerana tidak diberikan mata sebulat suara. Cuba, pasukan utama dalam tinju Olimpik, kini memenangi dua daripada tiga pingat emas dalam sukan tersebut setakat ini di Jepun. Selebihnya diraih oleh Jepun.

Kelmarin, petinju bagi kategori welterweight, Roniel Iglesias menambah namanya dalam sejarah petinju Olimpik Cuba selepas memenangi perlawanan akhir welterwight, sekali lagi menentang peserta dari Britain.

Ia merupakan pingat ketiga dalam saingan Olimpik – setelah meraih pingat emas di London pada 2012 dan pingat gangsa di Beijing pada 2008. – AFP

Reaksi Arlen Lopez meraikan kemenangan setelah memenangi pingat emas semasa bertemu Ben Whittaker, kelmarin. – AP