Lorenzo bersara

VALENCIA, SEPANYOL, 15 NOV – Juara dunia MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo yang bergelut dengan kecederaan retak tulang belakang tahun ini mengesahkan akan bersara selepas berakhir perlumbaan penutup musim di Grand Prix (GP), Valencia hujung minggu ini.

Jaguh kelahiran Sepanyol berusia 32 tahun itu yang mengemudi jentera Honda serta merangkul gelaran juara dunia pada 2010, 2012 dan 2015 dalam sidang media menjelaskan dia akan mengucapkan selamat tinggal selepas perlumbaan.

Pelumba itu yang juga dua kali dimahkotakan juara kelas 250cc dikekalkan pada musim depan oleh Honda namun bergelut dengan prestasi dan kecederaan serius pada musim ini,

“Ini akan menjadi perlumbaan terakhir saya di MotoGP dan selepas ini saya akan bersara daripada perlumbaan profesional,” kata Lorenzo. – AFP