Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lori simen hangus dijilat api

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Sebuah lori simen ranap dalam kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan berdekatan Perindustrian Sungai Bera, Anduki Seria, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), lapan orang anggota dari Balai Bomba Seria telah dikejarkan ke tempat kejadian dengan diketuai oleh DSO Hamdan bin Haji Hassan.

    Setibanya di tempat panggilan, anggota JBP mendapati bahagian hadapan enjin lori simen berkenaan telah terbakar keseluruhannya.

    Anggota bomba kemudiannya segera bertindak memadam kebakaran dengan api kemudiannya berjaya dipadamkan keseluruhannya dalam masa 10 minit.

    JBP dalam kenyataannya menyarankan orang ramai agar sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara menyeluruh sebelum digunakan.

    Pengguna juga disarankan untuk sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem elektrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah dan dinasihatkan untuk mempunyai alat pemadam api jenis debu kering dalam kenderaan mereka.

    Bahagian depan lori simen yang rosak selepas kejadian kebakaran di kawasan berdekatan Perindustrian Sungai Bera, Anduki, Seria, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...