Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lori simen jatuh gaung, 3 pekerja maut

    KAPIT, 5 SEPT – Tiga lelaki maut apabila lori simen yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di Jalan Merit, 30 kilometer dari sini, hari ini.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan, sepasukan 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit digerakkan ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan lebih kurang 11:35 pagi.

    Bagaimanapun, berikutan jalan ke lokasi adalah jalan balak, anggota bomba tersebut terpaksa menaiki dua kenderaan pacuan empat roda milik syarikat simen itu, untuk sampai ke lokasi kemalangan.

    “Setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan sebuah lori simen dinaiki tiga orang pekerja yang jatuh gaung sedalam enam meter,” kata jurucakap itu.

    Pasukan bomba telah memotong bingkai cermin lori tersebut bagi mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit.

    Mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian adalah George Wong dan Steven Janggai Bungkang kedua-duanya berusia 33 tahun, serta Bunyau Manggie, 40.

    Mereka dinaikkan ke jalan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...