Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lori Vietnam kandas di sempadan China

    LANG SON, VIETNAM, 7 JAN – Beribu-ribu lori membawa buah-buahan terkandas di sempadan angkutan utama Vietnam dengan China selepas Beijing mengetatkan peraturan ke atas barangan import kerana pandemik.

    Lori-lori membawa muatan beribu-ribu tan buah naga, nangka, manga dan komoditi lain tersadai di kawasan penyeberangan di wilayah Lang Son, utara Vietnam.

    Sesetengah pemandu mengatakan mereka sudah menanti berhari-hari malah berbulan-bulan untuk melintasi sempadan.

    “Saya sudah berada di sini selama 40 hari. Buah-buahan yang saya bawa sudah busuk. Saya penat,” kata pemandu yang mengenalkan dirinya sebagai Hai, sambil memasak makanan di sebelah lorinya yang penuh dengan buah nangka.

    Hai membawa hasil pertanian dari wilayah selatan Tien Giang. Dia tidak tahu bila dia akan pulang ke rumah. Seorang lagi pemandu lori, Nguyen Van Nen dari utara wilayah Bac Ninh mengatakan ia adalah masalah terbesar pernah dialaminya dalam masa bertahun-tahun.

    “Jika saya bernasib baik, saya boleh melaluinya selepas 10 hari,” kata Nen memberitahu AFP, menerangkan kontenanya yang mengandungi 32 tan tembikai perlu menunggu lebih 800 lori lagi. Sempadan itu tidak ditutup sepenuhnya, namun hanya sejumlah kecil lori boleh melaluinya – pada Khamis, hanya sekitar 100 buah melepasi pagar Huu Nghi. – AFP

    Pemandu lori berkumpul di lot letak lori sementara di mana kontena-kontena hasil pertanian dan lain-lain Vietnam menunggu untuk menyeberangi sempadan Vietnam-China di wilayah Lang Son, 7 Januari, ketika ramai lagi pemandu lori terkandas di sana apabila China mengetatkan dasar sempadannya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...