Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lorong bas, park-and-ride kurangkan kesesakan lalu lintas

    KUCHING, 6 NOV – Sarawak berusaha meningkatkan rangkaian pengangkutan awamnya dengan menyediakan laluan khas bas, menambah baik sistem isyarat keutamaan bas dan memperkenalkan konsep park-and-ride yang inovatif.

    Menteri Pengangkutan negeri, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata konsep park-and-ride membolehkan pengguna meletakkan kenderaan di lokasi ditetapkan dan menaiki bas ke pusat bandar yang dilihat sebagai cara terbaik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.

    “Kami juga sedang meneroka pilihan mobiliti yang lebih mampan seperti berbasikal dan berjalan kaki. Bagaimanapun, ia perlu disesuaikan dengan perancangan perbandaran dan infrastruktur termasuk menyediakan lebih banyak laluan berjalan kaki berbumbung dan laluan berbasikal yang selamat serta mudah diakses,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata Sarawak kini sedang menguji teknologi baharu bagi melaksanakan sistem isyarat keutamaan bas yang membolehkan bas menerima keutamaan lampu hijau di persimpangan lampu isyarat bagi mengurangkan kelewatan dan meningkatkan pematuhan jadual.

    Sementara itu, Lee berkata sebanyak 56 bas baharu dijangka tiba di Kuching awal tahun depan bagi memodenkan lagi pengangkutan awam di bandar raya itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda