Los Angeles tawarkan ujian virus percuma

LOS ANGELES, 30 APRIL – Los Angeles akan menawarkan ujian koronavirus percuma kepada semua penduduk tanpa mengira sama ada mereka menunjukkan sebarang gejala, kata Datuk Bandar Eric Garcetti.

“Mengumumkan L.A. kini adalah bandar pertama di Amerika yang menawarkan ujian COVID-19 percuma kepada semua penduduk,” kata Garcetti di Twitter semalam.

Keutamaan akan diberikan kepada mereka dengan gejala dan pekerja barisan depan tetapi individu tanpa gejala juga boleh diuji.

Selain mencuci tangan dan penjarakan sosial ‘ujian adalah salah satu alat terbaik untuk menghentikan penyebaran virus ini,” kata Garcetti pada taklimat hariannya.

Penduduk kelas bekerja dan mereka yang hidup dalam kemiskinan di Los Angeles menderita kadar jangkitan yang tidak seimbang dan mencatat kadar kematian tertinggi per kapita di negara, kata beliau, memetik laporan jabatan kesihatan.

“Sementara virus boleh menjangkiti semua orang, ia tidak menjejaskan semua orang dengan sama rata,” kata beliau.

Penduduk boleh mendaftar dalam talian untuk menjadualkan ujian.

Los Angeles melaporkan 1,541 kes baharu semalam, kata Garcetti, membawa jumlahnya kepada 23,485 jangkitan dan 1,056 kematian. – AFP