Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Los Angels County diarah bayar ganti rugi kepada bekas isteri Kobe Bryant

    LOS ANGELS, 25 OGOS – Los Angels County diarahkan membayar ganti rugi sebanyak $31 juta kepada bekas isteri Kobe Bryant dan rakan plantif kerana mengambil gambar di tempat nahas helikopter yang meragut nyawa bintang bola keranjang itu dan lapan yang lain, perintah mahkamah kelmarin.

    Timbalan syerif dan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian pada Januari 2020 lalu mengambil gambar di tempat nahas, termasuk sisa-sisa hancur yang meragut nyawa pemain lagenda Los Angels Lakers dan anak perempuannya, Gianna yang berusia 13 tahun.

    Perbicaraan yang berlangsung di Los Angeles menerangkan bagaimana sebahagian daripada responden melihatkan gambar tersebut kepada orang awam – termasuk pelayan bar – manakala seorang lagi timbalan menghantar mesej tersebut kepada rakannya semasa pasangan tersebut bermain permainan video.

    Vanessa Bryant dan Chris Chester, yang isterinya, Sarah dan anak perampuannya, Payton, juga korban dalam kemalangan tersebut, menyaman pihak Los Angeles County kerana menjejaskan emosi disebabkan gambar-gambar tersebut. Mereka menjelaskan bahawa mereka bimbang suatu hari nanti ia akan muncul di laman sesawang.

    Mahkamah Sivil mengarahkan Los Angeles County untuk membayar sebanyak $16 juta kepada Bryant dan $15 juta kepada Chester selepas perbincangan dalam beberapa jam yang lalu. Bekas isteri Bryant menangis semasa keputusan dibuat lalu meninggalkan mahkamah tanpa bercakap dengan wartawan yang menunggu.

    Dia kemudiannya menyiarkan gambar bersama dengan arwah suami dan anaknya di Instagram dengan kapsyen “Semua untuk Awak! Saya sayang awak! Keadilan untuk Kobe dan Gigi!. – AFP

    Vanessa Bryant kelihatan ketika meninggalkan mahkamah – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...