Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    ‘LPB seksyen Bukit Begunan siap November ini’

    SRI AMAN, SARAWAK, 6 FEB – Fasa satu Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dari Simpang Pantu ke Batang Skrang yang melibatkan seksyen Bukit Begunan di sini bakal siap sepenuhnya, November ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

    Beliau berkata mengikut perancangan asal, projek di kawasan itu dijadualkan siap Jun ini namun terpaksa dilanjutkan susulan kejadian tanah runtuh yang menyebabkan struktur projek berkenaan perlu direka bentuk semula dengan menggunakan bahan binaan yang berlainan. 

    “Sebelum ini reka bentuk projek bagi seksyen ini menggunakan isi tanah sebagai tambak tetapi terdapat kegagalan kepada projek itu dan ditukar kepada reka bentuk menggunakan rockfill (batu) sebagai tambak setelah kajian terperinci dijalankan,” katanya dalam sidang media selepas meninjau seksyen Bukit Begunan, di sini, hari ini. 

    Nanta berkata penggunaan batu seberat 721,000 meter padu untuk projek tambak itu telah siap 50 peratus dan menyebabkan implikasi peruntukan tambahan Kerajaan Persekutuan kira-kira RM70 juta. 

    Terdahulu, beliau diberi taklimat oleh Ketua Unit LPB Jabatan Kerja Raya Sarawak, Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan mengenai status terkini projek lebuh raya di kawasan berkenaan. 

    Menurut Awang Mohamad Fadillah, kerja pembinaan bagi tambak batu itu telah bermula 8 April tahun lalu dan akan meningkatkan kestabilan tambak bagi pembinaan LPB serta memendekkan jangka masa pembinaan. 

    Nanta turut dimaklumkan setakat ini, keseluruhan projek LPB di Sarawak kini sudah mencapai 92 peratus siap. – Bernama

    Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bercakap pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...