Luang masa tiga hari teroka budaya Vienna

Mengikuti jejak Jesse dan Céline, watak utama dalam filem Before Sunrise, perjalanan singkat Katrin Figge ke Vienna menawarkan pengembaraan yang amat diperlukan.

Kedai kopi tradisional, Opera Ball, istana, kampung halaman Mozart dan Beethoven, serta Sisi, Permaisuri Austria, Vienna sememangnya terkenal dengan individu termashyur dan tempat-tempat menarik yang banyak.

Ketika Katrin memikirkan tentang Vienna, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ialah salah satu filem kegemaran sepanjang zamannya, Before Sunrise.

Pertama kali dikeluarkan pada tahun 1995, filem itu diarahkan oleh Richard Linklater dan mengikuti Jesse (Ethan Hawke) dan Céline (Julie Delpy) yang bertemu di dalam kereta api dan, merasakan hubungan yang kuat, turun di Vienna di mana mereka menghabiskan hari bersama melalui jalan-jalan berlatar belakang panorama indah untuk percintaan moden.

Sejak menonton Before Sunrise, Katrin ingin melawat Vienna tetapi tidak ada kesempatan melakukannya dalam 26 tahun yang lalu.

Gereja St Charles, sebuah gereja barok yang dibina pada separuh pertama abad ke-18. – ANN/The Jakarta Post
The Museums Quartier yang memaparkan koleksi seni yang luas di Vienna. – ANN/The Jakarta Post
KunstHausWien merupakan sebuah muzium yang direka oleh salah seorang artis Austria yang paling terkenal, Friedensreich Hundertwasser. – ANN/The Jakarta Post

Sejak wabak meletus, Katrin tidak pernah meninggalkan negaranya, dan perasaan untuk berkelana sangat kuat.

Kematian anggota keluarganya hanya menambah keinginannya untuk melarikan diri dan mengalihkan fikiran dari segala hal, walaupun hanya untuk beberapa hari, dan akhirnya dia memutuskan untuk melakukan perjalanan yang lama tertunggak itu ke Vienna.

Tiga hari mengembara, bersendirian tanpa sesiapa dan sedikit sentuhan magik Before Sunrise; inilah yang dimahukan dan didapatkannya.

Katrin berkongsi menginap di Max Brown, sebuah hotel butik yang indah terletak di kawasan bandar yang sama indahnya. Bilik-bilik gaya vintaj dilengkapi dengan pemain rekod dan telefon berputar, tempat yang menarik dan selesa untuk merehatkan kaki yang letih dan sakit otot selepas seharian menikmati pemandangan bandar.

Katrin menjelaskan, biasanya dia suka melancong bersama keluarga atau rakan-rakan, tetapi kali ini pergi sendirian adalah apa yang diperlukannya. Katrin menyatakan dia rindu untuk menerokai bandar ini sendiri, untuk berlama-lama jika dia mahu atau bergerak dengan cepat apabila perlu.

Setentunya, dia mempunyai senarai tempat yang ingin dilihat, gabungan lokasi filem Before Sunrise serta mercu tanda dan muzium terkenal dan ia merupakan pilihan yang agak eklektik.

Kongsi Katrin, ‘dia berjalan-jalan di taman Belvedere yang rimbun sebelum meneroka ke dalam muzium, mengagumi lukisan dan karya seni yang digantung dengan teliti di dinding, terutamanya oleh pelukis terkenal Austria Gustav Klimt dan karyanya yang paling terkenal ‘The Kiss’.

Katrin bukanlah seorang yang pakar dalam seni, tetapi menurutnya ada sesuatu yang menakjubkan ketika berdiri di hadapan karya agung yang terkenal di dunia, seolah-olah berada di hadapan kehebatan boleh hilang.

Beliau mempunyai perasaan yang sama ketika berada di Albertina, satu lagi muzium seni di Vienna, melihat lukisan oleh Monet, Picasso dan Gauguin yang hampir menggembirakan.

Dia juga melawat Muzium Yahudi yang mendokumenkan kehidupan Yahudi di bandar itu dari Zaman Pertengahan hingga ke hari ini, dan membiarkan dirinya terpesona dengan kehidupan dan lukisan, permaidani dan reka bentuk seni bina Friedensreich Hundertwasser, salah seorang artis Austria yang paling penting. abad ke-20, yang komitmen ekologi berwawasannya menghasilkan ‘muzium hijau’ pertama Vienna.

Jelas Katrin beberapa monumen tidak perlu dicari, kerana boleh dijumpai secara kebetulan, seperti Karlskirche, gereja Baroque, Katedral St. Stephen, Opera House yang menarik dan MuseumsQuartier. Begitulah kekayaan budaya Vienna.

Katrin tidak melepaskan peluang untuk memakan makanan Austria, daripada Wiener schnitzel dan käsekrainer (sosej tebal diisi dengan kepingan kecil keju) kepada strudel epal, kek sacher (kek coklat yang kaya) dan kaiserschmarrn, iaitu lempeng gebu yang dicarik-carik.

Masa lalu Vienna sebagai kediaman maharaja dan raja yang dapat dirasai dan kelihatan di setiap sudut, bukan sahaja dari segi istana-istana Schoenbrunn dan Imperial, Hofburg, tetapi juga melalui Dewan Negara, yang merupakan salah satu perpustakaan tercantik di dunia, dan Sekolah Menunggang Sepanyol di mana kuda Lippizaner yang elegan di-simpan dan dilatih.

Terdapat perasaan kagum, Vienna, sebuah bandar moden masih menyimpan zaman lalu indah dan gemilang.

Menurutnya lagi, dia menaiki Roda Ferris semasa matahari terbenam di taman hiburan Prater di Vienna, tempat pasangan filem itu berjumpa; sama seperti mereka, beliau membelek timbunan rekod yang tidak berkesudahan di kedai rekod; mencari perlindungan di gereja gothic Maria am Gestade dan menunggu dengan sabar dalam barisan untuk mendapatkan meja di Café Sperl, tempat pelakon itu merakam salah satu adegan kegemaran Katrin.

Katrin merasa pelik ketika duduk di kedai kopi tradisional yang dilihatnya di skrin berkali-kali, hampir seperti melawat rakan lama. Separuh menunya adalah pelbagai jenis kopi, dan apabila Katrin memesan ‘Granny’s Coffee’, pelayan itu hanya mengangguk.

Semasa beliau menghirup kopi dan membaca beberapa halaman novel, kepuasan yang mendalam menguasai dirinya. Beliau merasa puas kerana telah sampai ke Vienna, ia mempunyai keajaiban yang sama seperti yang berlaku untuk Jesse dan Céline selama bertahun-tahun yang lalu, dan ia menawarkan rehat yang sangat diperlukan dari rutin harian beliau yang penuh kesedihan.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling disukainya tentang Vienna ialah menerokai bandar itu dengan berjalan kaki, tidak seperti Jesse dan Céline.

Bukan sahaja dia mendapat ketenangan dalam berjalan, malah cara terbaik untuk belajar tentang bandar itu, duduk di bangku permainan mendengar para ibu bercerita, berjalan melalui taman sehingga telah melakukan 66,000 langkah dalam tiga hari, seperti yang dimaklumkan oleh iPhone miliknya.

dan melihat pemilik bermain dengan anjing mereka; melalui sebuah bangunan dengan nota disematkan pada pintu yang berbunyi “selepas 30 tahun, kami terpaksa menutup restoran kami, terima kasih atas kesetiaan anda” dan terjumpa kedai-kedai kecil dan kafe di luar laluan.

Pada petang terakhir Katrin berada di Vienna, dia kembali ke hotel sekitar jam 7 malam, dengan perasaan letih tetapi juga merasa teruja. Ketika beliau menanggalkan stokin, kelihatan kesan kemerahan di kakinya. Pada masa itu barulah dia menyedari jari kakinya berdarah selepas seharian berjalan. Beliau telah melakukan 66,000 langkah dalam tiga hari, seperti yang dimaklumkan oleh iPhone miliknya.

Dalam kata-kata watak Céline (Katrin telah menukar satu perkataan dalam petikan ini, tetapi ia masih sangat sesuai): “Anda tidak mungkin tahu mengapa perjalanan seperti ini sangat penting untuk hidup saya sekarang… tetapi memang begitu. ” – ANN/The Jakarta Post