Lubang benam ‘telan’ tanah, rumah

BANDAR MEXICO, 10 JUN – Lubang benam besar yang muncul pada lewat Mei di sebuah ladang di tengah Mexico semakin membesar lebih dari saiz padang bola sepak yang menurut pihak berkuasa terus melebar.

Lubang benam itu kini lebih 400 kaki dan mula membenamkan rumah.

Kerajaan Mexico telah menghantar tentera untuk mengawal jarak orang ramai daripada 600 meter jauhnya dari tepi lubang itu, yang dalamnya 15 meter.

“Sukar buat kami ketika ini. Ia menyakitkan, kerana harta itulah saja yang kami ada. Kadangkala kami berasa sakit dengan kesedihan itu,” kata Magdalena Xalamigua Xopillacle, yang rumahnya kelmarin perlahan-lahan ‘ditelan’ lubang tersebut.

Beberapa penduduk percaya lubang benam itu adalah akibat daripada pengekstrakan air bawah tanah yang berlebihan oleh kilang-kilang atau kilang botol air di kawasan itu. Namun di bawah lubang itu ia dipenuhi dengan air yang kelihatannya mempunyai arus deras dan pejabat pertahanan awam berkata pakar merasakan ia mungkin disebabkan sesuatu seperti sungai bawah tanah.

“Kemungkinan besar puncanya berkaitan dengan kehadiran aliran air bawah tanah,” kata pejabat tersebut.

Memetik risiko rekahan selanjutnya, pejabat itu memberi amaran orang ramai untuk menjauhi tapak di bandar Zacatepec di negeri Puebla, timur bandar Mexico itu. – AP

Lubang benam dipenuhi air di sebuah ladang di Zacatapec, Mexico pada 1 Jun. – AP