Lubnan, Israel runding isu sempadan

BEIRUT, 1 OKT – Lubnan dan Israel akan mengadakan rundingan mengenai sempadan laut dan darat mereka, umum Speaker Parlimen Nabih Berri hari ini.

Amerika Syarikat (AS) akan bertindak sebagai fasilitator semasa rundingan, yang dijangka diadakan di selatan bandar sempadan Lubnan Naqoura, beritahu Berri pada sidang media tanpa memberikan tarikh untuk rundingan.

Berri berkata rangka kerja perjanjian telah dicapai untuk memulakan rundingan, yang membaca satu salinan perjanjian bertarikh 22 September.

“Amerika Syarikat diminta oleh kedua-dua pihak, Israel dan Lubnan, supaya bertindak sebagai fasilitator dan perantara untuk menetapkan sempadan laut, dan ia bersedia untuk melakukannya,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Mengenai isu sempadan laut, rundingan berterusan akan diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Naqoura di bawah tajaan PBB,” kata beliau. “Wakil AS dan penyelaras khas AS untuk Lubnan bersedia menyediakan perjanjian untuk ditandatangani oleh Israel dan Lubnan pada akhir mesyuarat,” tambah beliau.

Pasukan pengaman PBB yang meronda sempadan berkongsi itu mengalu-alukan berita itu.

UNIFIL mengalu-alu ‘pengumuman rangka kerja perjanjian hari ini untuk melancarkan rundingan di antara Lubnan dan Israel mengenai pembatasan sempadan laut di antara kedua-dua buah negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Duta AS David Schenker pada 8 September berkata bahawa beliau berharap dapat datang ke Lubnan dan menandatangani rangka kerja perjanjian untuk memulakan rundingan ‘pada minggu-minggu akan datang.’ – AFP