Lubnan laksana sekatan penuh

BEIRUT, 14 JAN – Sekatan pergerakan penuh bermula di Lubnan hari ini dengan penduduk ditegah membeli-belah malah hanya bergantung pada penghantaran makanan, dalam usaha untuk memperlahankan peningkatan kes koronavirus.

Bagaimanapun, sekatan baharu itu tidak dihiraukan di beberapa kawasan di negara itu, selepas bantahan besar-besar dalam beberapa tahun ke atas elit politik yang dipertanggungjawabkan ke atas krisis ekonomi teruk.

Sekatan pergerakan itu diarahkan selepas beberapa buah hospital mula kekurangan katil di unit rawatan rapi termasuk perintah berkurung 24 jam sehingga 25 Januari.

Pekerja tidak penting ditegah daripada meninggalkan rumah mereka dan gedung beli-belah disarankan untuk mengendalikan perkhidmatan penghantaran sahaja.

Mereka yang meminta pengecualian kecemasan untuk berjumpa doktor misalannya boleh melakukannya dengan menghantar mesej teks telefon bimbit atau mengisi borang secara online.

Di bandar itu, jalan-jalan kelihatan sunyi sepi daripada biasanya pagi ini sementara kedai tidak penting ditutup. Namun di kawasan-kawasan Beirut, di mana tidak ada pasukan keselamatan, beberapa penduduk keluar membeli barang-barang runcit dari kedai-kedai tempatan.

Dalam media sosial, pengguna menyiarkan gambar kesesakan lalu lintas di salah satu pintu masuk bandar tersebut.

Sekatan pergerakan ketat itu berkuat kuasa selepas Menteri Kesihatan, Hamad Hasan dimasukkan ke hospital bagi rawatan COVID-19 malam kelmarin, kata media kerajaan. – AFP

Seorang lelaki berjalan membawa gelen air kosong di jalan-jalan yang hampir lengang di bandar Beirut, ketika Lubnan memasuki hari pertama sekatan pergerakan ketat pada 14 Januari. – AFP