Lubnan rampas 25 tan kanabis

BEIRUT, 10 APRIL – Anggota keselamatan Lubnan berkata hari ini mereka telah membuat rampasan kanabis terbesar dalam sejarah pada bulan lalu, merampas 25 tan dadah yang menuju ke pasaran Afrika.

Negara Mediterranean itu mengumumkan pada 15 Mac satu perintah berkurung untuk membendung penularan COVID-19, yang telah menjangkiti 609 orang dan membunuh 20 di seluruh negara setakat ini.

Pada 16 Mac, Anggota Keselamatan Dalam Negara menahan ‘lapan trak yang sedang dalam perjalanan ke pelabuhan Beirut membawa ribuan plastik beg berisi tanah,’ kata pasukan keselamatan.

Selepas diperiksa, ‘sejumlah besar hashish mencecah 25 tan dirampas, yang telah disembunyi di dalam beg tanah,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP