Luca Jovic kembali ke Frankfurt

BERLIN, 13 JAN – Real Madrid meminjamkan penyerang mereka, Luca Jovic kepada Eintracht Frankfurt setelah membayar 60 juta euro kepada kelab Bundesliga itu untuk mendapatkan khidmat pemain Serbia berkenaan dengan kontrak enam tahun pada tahun 2019.

Kepulangan sementara Jovic diumumkan oleh pengarah sukan Eintracht, Fredi Bobic kelmarin.

Dia mengatakan kepada Sky TV bahawa Luca Jovic dipinjamkan kepada mereka sehingga musim panas.

“Kami perlu menyelesaikan beberapa urusan seperti perubatannya.

“Sekiranya semuanya berjalan lancar, dia akan segera kembali bersama kami.”

Jovic berada dalam senarai teratas Real selepas dia menyempurnakan musim Bundesliga 2018/2019 dengan 17 gol.

Tetapi pemain berusia 23 tahun itu tidak dapat menandingi harapan yang dimahukan Real untuknya ketika dia berjuang untuk menyesuaikan diri bersama penyerang kelab itu, Karim Benzema.

Dia memulakan tiga perlawanan sahaja musim ini dan dua kali beraksi dari bangku simpanan dengan tanpa menjaringkan gol. – AFP