Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Lucky Air bawa pelancong China tiba di sini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Seramai 160 orang pelancong dari China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, petang tadi, dengan menaiki pesawat Lucky Air dari Kunming, China yang mana laluan penerbangan ini merupakan laluan baru yang menghubungkan Kunming ke negara ini.

Ketibaan para pelancong berkenaan telah pun dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Pelancongan, Dayang Salinah binti Salleh bersama kakitangan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan serta wakil-wakil daripada ejen-ejen pelancongan tempatan.

Dayang Salinah semasa ditemui menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama pesawat Lucky Air dari Kunming China tiba di negara ini dengan laluan terbaru ini.

“Pihak kami berasa begitu teruja kerana Lucky Air dari China kini sudah selamat tiba di Brunei. Mereka membawa pelancong dari dua buah bandar China iaitu Nanning dan Kunming.”

Beliau menyatakan lagi bahawa pada minggu lepas, pelancong dari bandar Nanning tiba di negara ini dan bagi minggu ini pula merupakan giliran pelancong dari Kunming.

Antara pelancong China bergambar ramai setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Antara pelancong China bergambar ramai setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Dayang Salinah semasa ditemu bual di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Dayang Salinah semasa ditemu bual di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Dengan laluan penerbangan baru ini, ia akan dapat menarik lebih ramai lagi pelancong dari China ke Brunei kerana sebelum ini laluan penerbangan yang ada hanya dari Hong Kong dan Shanghai.

“Tahun lepas, kami telah menerima lebih daripada 40,000 orang pelancong dari China yang tiba di Brunei. Saya berharap, tahun depan, kami akan dapat melihat peningkatan jumlah pelancong dari China.”

Beliau menjelaskan lagi, rata-rata para pelancong ini akan berada di Brunei dengan pakej pelancongan lima hari empat malam yang ditawarkan oleh ejen-ejen pelancongan tempatan di negara ini.

Para pelancong yang tiba hari ini telah mengambil pakej pelancongan yang berbeza daripada empat buah ejen pelancongan yang terdiri dari BonAsia Holiday, Freme Travel Brunei, Anthony Tours & Travels Sdn Bhd dan PJ Majestic Tours & Travel Sdn Bhd.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -