Lufthansa beri amaran

FRANKFURT AM MAIN, 14 Mac – Lufthansa, kumpulan syarikat penerbangan terbesar Eropah, berkata hari ini had kapasiti yang meningkat di lapangan terbang yang penuh sesak akan menghambat pertumbuhan pada tahun ini tatkala ia melaporkan bahawa kunci kira-kiranya merosot pada tahun 2018.

Keuntungan bersih dalam kumpulan yang berpangkalan di Frankfurt itu berjumlah 2.2 bilion euro, merosot 8.0 peratus tahun-ke-tahun.

Gangguan kepada lalu lintas udara, kos minyak yang lebih tinggi dan pemerolehan mahal sebahagian besar pesaing yang tidak berfungsi lagi Air Berlin semuanya menjejas keputusan, kata Lufthansa, melebihi pertambahan sebanyak 6.0 peratus dalam pendapatan kepada 35.8 bilion euro.

Melihat ke depan kepada tahun 2019, eksekutif Lufthansa berkata mereka telah mengurangkan sasaran mereka untuk pertumbuhan kapasiti atau menambah jumlah tempat duduk yang ada, apabila kesesakan infrastruktur di lapangan terbang dan kawalan lalu lintas udara menjadikan pertambahan penerbangan baru satu cabaran.

Pada musim panas, kapasiti adalah 1.9 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu atau separuh daripada pertambahan yang telah diumumkan sebelum ini. – AFP