Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Lufthansa kembali catat keuntungan

FRANKFURT, JERMAN, 3 MAC – Syarikat penerbangan Jerman Lufthansa hari ini berkata ia kembali mencatat keuntungan tahunan pada 2022 selepas mengalami kerugian dua tahun berturut-turut, pendapatannya dirangsang oleh permintaan meningkat ketika ekonomi dibuka semula selepas ditutup akibat COVID.

Kumpulan itu melaporkan keuntungan bersih berjumlah 791 juta euro (AS$839 juta) pada tahun lalu. Ia dibandingkan dengan kerugian bersih sebanyak 2.2 bilion euro pada 2021 dan 6.7 bilion euro pada 2020.

“Lufthansa sudah kembali semula,” kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Carsten Spohr.

“Dalam tempoh setahun saja, kami telah mencatat pemulihan kewangan. Kumpulan Lufthansa telah mencapai keputusan yang jauh lebih baik daripada dijangkakan. Permintaan untuk perjalanan udara masih tinggi pada 2023.”

Kumpulan itu juga melaporkan keuntungan operasi berjumlah 1.5 bilion dolar, sejajar dengan jangkaan.

Apabila koronavirus melumpuhkan perjalanan udara global, Lufthansa mengalami kerugian besar dan terpaksa dijamin oleh kerajaan Jerman pada 2020.

Lufthansa, yang juga termasuk Eurowings, Austrian, Swiss dan Brussels Airlines, berkata 102 juta penumpang terbang dengan syarikat penerbangan kumpulan pada 2022 – dua kali ganda lebih tinggi berbanding 2021. – AFP

Carsten Spohr semasa membentangkan keputusan syarikat di Frankfurt am Main, barat Jerman, kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -