Lufthansa kurangkan penerbangan kerana virus

FRANKFURT AM MAIN, 2 MAC – Kumpulan penerbangan Jerman, Lufthansa berkata bahawa mereka akan meneruskan untuk membatalkan penerbangan ke Iran dan China sehingga lewat April, sebahagian daripada langkah-langkah mengawal koronavirus.

Pengangkutan dan syarikat subsidiari Austria dan Switzerland tersebut tidak akan terbang dari atau ke tanah besar China sehingga 24 April, menurut Lufthansa di dalam kenyataannya.

Sementara itu, penerbangan ke Tehran telah digantungkan sehingga 30 April.

Pembatalan pelan penerbangan tersebut merupakan sebahagian dari skim yang lebih meluar dari Lufthansa diumumkan pada Jumaat lalu di mana mereka menangguhkan 23 penerbangan jarak jauh dan memotong 25 peratus penerbangan dekat dan sederhana.

Lufthansa berkata bahawa mereka akan mengurangkan kekerapan penerbangan di antara bandar-bandar hab utama Jerman seperti Frankfurt, Munich, Seoul dan Hong Kong.

Kumpulan penerbangan tersebut mengurangkan kekerapan perjalanan ke bandar-bandar Itali, termasuk Rome, Venice dan Milan dengan anak syarikat mereka, Brussels Airlines, yang turut terjejas bersama syarikat pengangkutan kos rendah, Eurowings, Austria dan Switzerland.

Lufthansa memberitahu kepada penumpang-penumpang yang terjejas dengan perubahan jadual supaya layari laman sesawang syarikat untuk berita terkini.

Sementara itu, jumlah kematian dunia disebabkan oleh koronavirus dicatatkan melepasi 3,000 orang telah meninggal dunia dan 89,000 orang turut dijangkiti. – AFP